Thursday, 15 February 2018

#nafasistidraj



                                                                       credit:gugel inc








Alhamdulillah .. Berjaya menjejakkan kaki ke alam baru(sem 4) hehe , dgn bergaya nya aku masuk sem ni dgn gpa 1.* ;). Hmm . sejujurnya aku bersyukur dpt pointer ni . walaupun aku tak dpt beat member sekelas aku takp aku redha . hahaha . em ni bkn thread yg kau boleh retweet mana quote yg ko suka . or something yg boleh mengenyangkan perut korang .. kakakaka . bukan .. tapi ni adalah perkongsian penuh isi,isi hati penuh kontroversi dan pandangan yg mungkin menyebabkan anda mengesat peluh di dahi.

Ok camni.. sepanjang cuti semester 3 haritu(aka cuti short sem  ) aku ad buat introspeksi yg mana mengubah sedikit personality diri aku sekarang (bunyi mcm aku tukar jantina kan ? * gelak keji .aku ad buat sedikit kekurangan yg aku dpt pastikan kat diri aku. Yg mana aku rasa bnde tut k manis berada kat diri aku, aku reduce. Srs . so aku rasa its better than nothing dr menganyam ketupat kat rumah. Dan super mustahil utk aku harapkan result yg better kalua usaha aku sama macam sem leps . ye dok ?

Firstly aku ubah , cara pandangan aku pd manusia2 yg dekan ni . aku nk anggap diorang ni bkn musuh aku . sbb ape ? sbb aku rasa kalo aku anggap musuh aku sekalipun dlm waktu belajar, hati aku akan rosak dia tak tenteram ha .
So aku letak yg member2 yg dekan ni adalah satu peluang diorang menyinar dekat sini . sebab lain org lain rezeki , mana tahu rezeki kita jodoh berdua . Allahu apebnde ni harith

Second ,this is time we create our own path. Ha cem plik aen. Ok cmni, personality kita dilihat 'Berjaya' bukan pd angka pointer .ingat ae bukan pd akademik result .
Ia dinilai berdasarkn how much you can train your sel to fight alone . ada certain manusia ni dia tak leh gerak/create something big jika tak de org trigger or memotivasikan dia . dia akan bergerak , bertindak bila ada member,ada kawn , ada someone yg push dia dr belakang . let say ,  aku la aku , nak create something new kat kolej ni , aku nk semua madam/lecture kolej aku jd marathoner utk bawak runner , dan setiap student kat sini WAJiB run , so aku tak gerak  , jika takde org push aku , jd aku pun duduk lah kat bilik mengharapkan suatu hari nnti kawan kawan ,lecture2 ada kesedaran sendiri utk turun ajak aku ,hahahahahahaha so smpai kiamat le tak harith oi
*contoh ada kaitan bhai
Ok last,
Pada aku , ada org nilai aku yesman . ok yg tak paham yesman tu boleh gugel . kah . alasan dia , aku ni tak berani melawan , ngn pakgard kolej aku steady je dia bukk bonet kete aku nak cek barang haih .org lain siap maki2 . ngn lecture ngn pengarah aku lek je dengar nasihat diorang supaya ubah tu ubah ni , time kene kat diorang melenting kat aku cakap Rasulullah mana tegur depan2 ni jatuh la maruah . woi lek ah . asal koyak beb . bnda yg dia cakap tu memang betul , memang pelik kan tgk bekas bunga hiasan tu barai , memang pelik aen posing Dr duwe semalam . Yang salah tegur tu CARA dia  , benda yg dia cakap tu kan betul .

Ok dah bai



Desklmair : aku dicop bodoh mungkin sbb aku tak macam serupa
, aku dilabel lembik mugkin pd awal nya .. haha kita tgk sape yg “menang”




Saturday, 10 February 2018

credit : descendant of the ***

MERAIH KETINGGIAN CITA-CITA
.
Sekiranya kita memerhatikan kehidupan tokoh-tokoh mitsali, baik dalam pembacaan sekitar kisah kehidupan para sahabat dan salafussoleh, ataupun sekitar mu'ayashah bersama orang-orang soleh di zaman ini, kita bisa meraih ketinggian cita-cita.

Setelah meneliti setiap gerak geri mereka, ibadah serta perjuangan mereka, kesabaran serta keteguhan mereka, jelaslah bahawa mereka memiliki keperibadian yang wajar diikuti. Tauladan itu jelas berada di hadapan mata kita. Gambaran kehidupan itu berlegar di balik fikiran kita. Sembari membandingkan diri ini yang terlalu dhaif, namun memiliki himmah yang tinggi agar mampu menjadi seperti mereka.
.
Perjalanan menjadi hamba yang Rabbani bisa diibaratkan sebagai satu pendakian. Di saat berada di kaki gunung, jelas kelihatan puncaknya dari tempat kita berdiri. Meskipun belum pernah menjejakkan kaki ke sana, pemandangannya sudah terbayang-bayang di balik fikiran. Kerana begitu sering mendengar kisah-kisah keindahannya daripada mereka yang telahpun menaklukinya. Kesemua itu langsung menumbuh rasa ghirah untuk memulakan pendakian.

Namun ada ketikanya puncak gunung itu kelihatan samar, ia terselindung di sebalik awan, diselimuti kabus syahwah dan mendung amarah. Seraya membantut keinginan, melemah daya juang dan motivasi untuk meneruskan pendakian. Lalu memilih untuk bersandar dan beristirehat, melupakan seketika hasrat untuk meraih ketinggian.
.
Ketahuilah bahawa, di dalam pendakian ini, istirehat merupakan sebahagian dari sunnah perjalanan. Ia juga merupakan takdir yang telah ditetapkan.


Bermalas-malasan dan suka kepada kesantaian bukanlah sifat dasar bagi orang Mukmin, melainkan hanya sifat sementara, kemudian sifat itu terusir oleh dorongan dari dalam dan luar dirinya.

Terdorong oleh berbagai perbendaharaan berupa bekalan yang telah ia kutip di sepanjang jalan, sama ada berkat dari modal kefahaman ilmu dan hafalan ayat-ayat Qurān berkait penyelamatan serta ancaman (basyīrah wa nadzīrah) yang terhimpun di balik ingatannya, ataupun berkat dari tauladan dan bimbingan orang-orang soleh yang berada di sampingnya.
.
Demikianlah antara sifat orang Mukmin.

Ketinggian cita telah membuatkannya memandang hina citarasa nafsu yang rendah. Bayangan kehidupan akhirat telah menutup ruang pemikirannya dari ambisi duniawi. Besarnya musibah yang menimpa umat telah menghalangnya dari menyibukkan diri dengan urusan kecil.

{ وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ }

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [al-Imraan, 3: 139]

Berusahalah meraih ketinggian.

~fb muharikun

*kalini aku srs skit sebb aku keterbelakang skit bab bab dakwah tarbiyah ni haih , tp aku tahu , aku tak leh lambat, gerabak ni akan bergerak laju


Tangguh

Jap gi lepas maghrib aku nak ngaji . dah lama tak ngaji *lepas solat , capai phone Jap gi lepas isyak aku nak Al-mulk *lepas s...